Wednesday, 16 May 2012

❤ SeLaMaT HaRi GuRu ❤

Amat menggemari hiasan dalaman,
Jadikan kelas kami cantik sekali,
Cikgu Hoh  kami perkanalkan,
Guru kelas 5 Marikh.

Cikgu Sharili cantik bergaya,
Bila bersembang gelaknya sakan,
Walaupun lembut tegas orangnya,
Guru Bahasa Melayu Kami perkanalkan.

Sudah masuk waktu Bi,
Kami diam tidak bersuara,
Madam Mercy teacher kami,
Orangnya tegas baik hatinya.

Ustazah Salwa lembut orangnya,
Menjdi 'ustazah pilihan' kami,
Subjek Agama pilihan hatinya,
Buat kami serba tak kena.

Pelajar 5 Marikh memang gila2,
Selalu buat Cikgu pening kepala,
Waktu Sejarah bertambah gilia,
Oh Cikgu Khazuraini bersabarlah ya !

Orangnya relaks tidak terperi,
Subjek Matematik paling disukai,
Cikgu Sulaiman guru kami,
Berjiwa murni penuh dedikasi.

Berbaju kurung setiap hari,
Pembangkit semangat jiwa kami,
Cikgu Aziziah putih berseri,
Subjek Sains ilmu dikongsi.

Cikgu Doris guru kami,
orangnya tegas ilmunya tinggi,
Subjek Geograi sentiasa di hati,
Bila tersenyum ayu sekali.

Walaupun tenang,tegas orangnya,
Jauh merantau 'mai' dari utara,
'biaq pi depa' itulah tradmarknya,
Subjek Akaun terbaik punya.

Cikgu Rahimah guru ekonomi kami,
Orangnya garang Uihh takotnya kami,
Sedia mengajar mendidik kami,
Bila melawak takkering gusi.

Jari disusun memohon maaf,
Seloka ini sekadar gurauan,
Kalau terasa harap dimaafkan,
Doakan kami dapat kejayaan.

--SeLaMaT HaRi GuRu 16 Mei 2012 --

1 comment:

Cik Pia said...

selamat hari guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...