Tuesday, 23 September 2014

Husband Ke Housemate? BAB 1

Pagi ini, seperti hari-hari biasa Ain akan bangun awal pagi. Tak kiralah pada hari bekerja mahupun hari cuti. Sedari kecil lagi nek Zah telah mendidiknya supaya jangan tidur selepas subuh, nanti rezeki tak masuk! Sehingga sekarang dia masih mengingati dan mengamalkan pesan neneknya itu.

 Ain sudah siap-siap mahu keluar dari bilik tidurnya tetapi sempat lagi dia menilik wajahnya disebalik cermin. Palazo hitam yang dipadankan dengan blouse biru firus dan pashmina dengan rona yang sama. Pashmina hadiah ulang tahun kelahirannya yang dihadiahkan oleh mamanya itu sering menjadi pilihannya.

 "Perfect!" Ujar Ain.

 Pantas kaki diatur keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Ain menuju ke arah meja makan. Dia ingin bersarapan sebelum keluar menemui Nadhirah. Takut-takut nanti gastriknya datang menyerang.

 "Ayin, hang dah nak pi hospital ka?" Soal nek Zah setelah melihat kelibat Ain memasuki ruang makan. Rasanya masih awal pagi lagi untuk Ain berangkat kerja. Malam tadi pun rasanya Ain pulang agak lewat. Mungkin ada kes kecemasan di hospital.

 "Tak lah. Ain cuti hari ni." Jawab Ain seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Matanya meliar melihat juadah sarapan pagi ini. Wahh... sedapnya!

 "Ayin sayang... hari ni nenek masak special untuk hang. Nasi lemak dengan rendang kerang yang hang dok suka sangat tu." Ujar nek Zah sambil tanganya ligat mencedok nasi lemak ke dalam pinggan Ain.

 "Hang sukakan rendang kerang, ni nenek isi lebih sikit." Berkerut pelik dahi Ain melihatkan layanan yang terlebih 'mesra' dari nek Zah pagi ini. I can smell something fishy here! Ain mula rasa tak sedap hati.

 "Mama mana nek?" Soal Ain setelah diperhatikan hanya mereka berdua sahaja yang berada di meja makan pagi ni.

 "Dia pi hantaq adik hang sekolah."

 Ain mengerutkan keningnya tanda pelik. Aik? Bukan selalunya Nana ke sekolah naik bas ke? Sah adiknya itu bangun lewat lagi. Mana taknya sewaktu Ain pulang dari hospital semalam, adiknya itu masih melangut di hadapan tv sambil menonton running man. Entah apa yang menarik dengan rancangan itu pun Ain tak tahu. Padahnya Nana bangun lewat. Ain mencemik. Huh langsung tak menurun sifat akaknya yang selalu on time ni.

"Ayin..."

 "Hmm..."

 "Sebenarnya..." Nek Zah mati kata. Dia sebenarnya tidak tahu macam mana nak sampaikan khabar ini pada Ain. Lidahnya rasa kelu dan tak sampai hati pula rasanya.

 "Sebenarnya apa nek?" Soal Ain apabila nek Zah tiba-tiba diam tadi.

 "Eh, tak ada apalah. Tadi hang kata hang cuti hari ni tapi yang hang pakai cantik-cantik ni nak pi mana? Pi dating eh?" Sengaja nek Zah memancing Ain dengan perkataan 'dating' tu. Supaya dia dapat jawapan yang pasti dan tidak silap percaturan.

 "Nak dating dengan siapa nek oi. Cucu nenek ni single mingle bingle lagi tau. Ain nak teman Nad cari barang hantaran untuk kahwin dialah.

 Subuh-subuh lagi Nadhirah sudah menghubungi Ain untuk mengingatkan janji mereka hari ini. Memandangkan tunang Nadhirah berada diluar negara jadi terpaksalah Ain temankan sahabat yang dia kenal sejak zaman universiti lagi.

 "Tudiaa... tak sangka dah nak kahwin dah budak Nadhirah tu."

 Nada suara nek Zah kedengaran sedikit janggal ditelinga Ain. Macam perli aku je nenek ni.

 "Hmm... dah jodoh dia nek." Jawab Ain acuh tak acuh. Sesungguhnya dia memang tidak suka bila soal kahwin dibangkitkan. Tangannya masih ligat menyuap sisa nasi lemak yang masih berbaki separuh pinggan itu.

 "Hang bila lagi?"

 "Bila apanya?"

 "Bila nak kahwinlah?"

 Uhukk... uhukk... tersedak Ain apabila ditanya soalan cepu cemas dari nek Zah. Cepat-cepat dia menggapai gelas berisi jus oren. Diteguknya air dengan rakus, lagaknya tak ubah seperti atlet yang baru selesai lari pecut 1000 meter. Tercungap-cungap, macam penat sangat nampaknya.

 "Makan elok-elok sikit Ain oi."

 "Sorry nek."

 "Ayin..."

 "Hmm..." Apa lagilah nenek ni kang tersedak lagi aku.

 "Hang ingat lagi dak jiran sebelah kita yang isteri dia orang putih tu?"

 "Ingat. Awatnya? Dia nak pindah balik sini ke?" Soal Ain. Sementara itu otaknya ligat mengimbas kembali wajah uncle Johan dan isterinya auntie Viviana yang merupakan rakyat Belanda. Kini keluarga itu telah berpindah dan menetap di Belanda kira-kira lima tahun lepas.

 "Dak aih. Minggu lepas nenek dengan mama hang pi Tesco, tiba-tiba terserempak dengan anak depa yang nama Fahim tu. Dia dengan bini dia, amboi cantik sungguh bini dia tu. Hang ingat lagi dak Fahim tu? Kecik-kecik dulu hang kan kawan dengan dia."

 Uhukk... uhukk... sekali lagi Ain tersedak. Kali ini lebih teruk kerana Ain tercekik kerang. Ain memegang batang lehernya.

 "Ayaq nek, ayaq!" Teriak Ain. Airnya tadi sudah habis untuk sedakan yang pertama tadi.

 Dengan kalutnya nek Zah menuang air ke dalam gelas Ain dan terus disuakan pada Ain. Cepat-cepat Ain meneguk air tersebut. Dalam hati nek Zah tak putus-putus berdoa agar cucunya tak apa-apa.

 "Fuhh... lega. Selamat!" Luah Ain. Nek Zah menarik nafas lega.

 "Hang ni pasai apa makan tu kalut sangat. Cubalah makan tu elok-elok sikit. Kalau jadi apa-apa tadi, aku nak jawab apa dengan mak pak hang?" Free-free je dapat khutbah Ahad dari nek Zah.

 Ain tersengih. Dalam hati dia pun bersyukur. Mujur tak jadi apa-apa. Kerang oh kerang.

 "Sorrylah nek. Mana Ain tahu nak tercekik kerang tu tadi." Ujar Ain. Macam mana dia tak tercekik, tiba-tiba nama Fahim diungkit. Mahu tak terkejut.

 "Makan tak baca bismillah, macam tulah jadinya."

 "Ain bacalah tadi."

 Nek Zah diam malas nak berlawan kata dengan cucunya. Kepalanya pusing mahu memikirkan bagaimana caranya yang sesuai untuk sampaikan khabar yang boleh membuatkan Ain terkejut bukan kepalang.

 Disatu sisi lain, Ain masih meneruskan sisa suapannya tetapi kali ini dia makan dengan lebih berhati-hati. Takut kejadian tadi berulang lagi. Nanti ada pula yang arwah tercekik kerang! Jatuh pula saham sambal kerang nek Zah yang terbaikkk tu.

 "Ayin..." Panggil nek Zah dengan nada yang mesra semacam.

 Meremang pula bulu roma Ain dibuatnya. Bukan dia tak kenal dengan neneknya itu. Adalah tu nak apa-apa.

 "Ya nek..." Jawab Ain sama dengan intonasi nek Zah tadi. Nak memerli sebenarnya.

 "Cantik hang hari ni." Puji nek Zah tiba-tiba.

 Hah! Kan aku dah kata. Adalah tu nak apa-apa sampai puji-puji aku bagai. "Ain dah tau yang Ain ni memang cantik. Nenek toksah nak belok kiri, belok kanan, pusing satu roundabout. Cuba nenek cakap straight to the point je terus. Nenek nak apa?"

 Bukan Ain tak kenal dengan perangai satu-satunya nenek yang dia ada. Sejak umur 10 tahun lagi dia tinggal bersama dengan neneknya di Pulau Pinang. 17 tahun dibesarkan oleh nenek jadi dia sudah masak sangat dengan perangai neneknya itu.

 "Hang ni macam tau-tau je no."

 "Taulah... nenek Ain kan."

 "Sebenarnya macam ni..."

 Rasa tak sedap hati tadi kini kembali menjerut tangkai hati Ain. Turun naik dadanya mendengar penjelesan dari nek Zah. Hatinya berbelah bagi. Rasa simpati dah marah sebati menjadi satu. Di dalam hati Ain menjerit meronta-ronta tidak mahu. Tapi kenapa aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...