Wednesday, 6 August 2014

The New Of Me ✌


6 Ogos 2014

Nama yang baru dan semangat yang baru. Selama ini akulah puteri yang sering mimpikan impian yang tinggi namun tanpa usaha setinggi impian itu. Hari ini aku tanya diri aku. Ada aku mahu mimpi itu terus jadi mimpi atau realisasikan mimpi itu menjadi realiti? YA. Aku mahu! 

Semua orang ada impian dan cita-cita. Begitu juga aku. Tetapi bila aku suarakan impian aku pada mereka yang tidak mengerti, hanya bunga tawa yang berbaur sindiran yang aku dapat.

Ya, aku punya usaha namun tiada bakat. Tapi salahkan jika bakat itu aku asah dulu sebelum ia menjadi tajam supaya mimpi itu jadi realiti?

Berbekalkan semangat yang baru,

Nama yang baru,

Aku akan terus menggengam pena agar terlahirlah seorang penulis! Itulah impian aku!

-Fiera Afifi- ✌

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...